Powered By Blogger

Monday, August 15, 2011

ISABELLA


Lagu Isabella dendangan kumpulan Search telah menjadi fenomena sejak ia mula popular sekitar tahun 1989.Lagu ini dimuatkan dalam album Fenomena yang diterbitkan pada tahun 1989. Lagu Isabella menceritakan tentang kisah seorang pemuda yang hubungan cintanya bersama seorang gadis yang berlainan bangasa dan negara telah terputus. Mengecapi zaman kemuncaknya sekitar tahun 1988 hingga 1989.Lagu ini begitu popular sehingga lagu ini telah difilemkan.Filem Isabella pada tahun 1990 telah diadaptasi daripada lagu ini. Boleh dikatakan setiap orang rakyat Malaysia boleh menyanyikan lagu ini sekurang-kurangnya pada bahagian chorus. Lirik lagu ini telah ditulis oleh Bob Lokman. Ada pihak yang mengatakan bahawa lirik lagu ini sebenarnya telah diciplak dari sebuah puisi yang bertajuk Cintaku Isabella. Muziknya diadun oleh kumpulan Search sendiri.Sesetengah pihak berpendapat bukan Search yang menghasilkan muziknya tetapi sifu mereka,M.Nasir. Pencipta irama berhantu ini terpaksa diletakkan diatas nama Search supaya lagu ini dapat masuk bertanding pada Muzik-Muzik tahun 1989.M.Nasir pada ketika itu masih lagi berkerakyatan Singapura tidak dapat menggunakan namanya sebagai pencipta lagu ini. Amy Search pernah ditanya tentang kesahihan berita ini berkata,"Biarlah kita anggap muzik ini dicipta oleh Search dan M.Nasir". Lagu ini telah menjadi siulan peminat di Malaysia,Indonesia.Brunei dan sekitar negara Asia Tenggara yang lain. Lagu ini telah menjadi juara carta Muzik-Muzik teribitan TV3 selama 13 minggu berturut-turut.Ini bermakna lagu ini telah mencapai taraf yang sama dengan lagu Rindu Bayangan dari kumpulanaCarefree.Setakat ini,tiada lagi lagu lain yang dapat memecahkan rekod tersebut dengan menduduki carta Muzik2 selama 13 minggu berturut2.Pada tahun 1989 juga lagu Isabella dinobatkan sebagai juara,lirik lagu terbaik dan persembahan terbaik untuk Anugerah Juara Lagu pada tahun 1989.Nyanyian semula kumpulan ST-12 dari Indonesia tidak dapat menandingi kehebatan lagu asalnya. Konklusinya lagu Isabella adalah satu lagenda.Lagu ini telah menyatakan bahawa bahasa tidak menjadi masalah untuk kita sama-sama menikmati muzik.

 
*Tulisan ini adalah berdasarkan fakta yang saya temui...jika ada sebarang kesilapan...sila komen...sekian