Powered By Blogger

Saturday, December 25, 2010

AKHIRNYA!!!!!!!!!!! RESULT PMR 2010 SUDA KELUAR!!!!!!!!!!!!!!!!

tarikh 23.12.2010 merupakan tarikh keramat buat semua budak form 3...result pmr 2010 akan keluar...macam2 jenis perasan yang aku dengar kat fb....ade yang yakin dapat staright A...ade yang cuak nak mampus....ade jugak yang buat selamabe bodo je... pagi tu mmg awal giler aku bangun...biasa hari camni aku bangun kul 12 atau pun kul 1 ptg....biasa arr cuti sekolah.....memang aku nervous nak mampus....terketar2 tangan aku....sampai sekola....terus direct pergi kat meja cikgu Sapura.....mmg aku nervous...nak sign kertas tu pun x betul dah....aku buka slip kertas tu ....dan.....alhamdulillah...result aku 8A....sykur yang tak terhingga aku....aku tunjuk kat abah...dan...cam biasa...dia dgn muka selamba dia ucap tahniah dan peluk aku....tanpa aku sedari....beberapa air mata jernih membasahi mata ku dan segera aku mengelap mata ku....bimbang takut ade orang tgk :D.....result budak kls 3adil 2010 memang gempak abis...26 orang straight A....kepada yang berjaya aku ucapkan tahniah.....kepda yang kurang bernasib baik....ade hikmah di sebalik semua ini

Wednesday, December 22, 2010

Adakah Itu Cinta ? Part 1

  Sinar mentari menyakitkan matanya.Jasad yang bernama Aqil Iskandar tersedar dari tidurnya.Dia cuba mencari punca kejadian semalam.Cuba mengingati apa yang sebenarnya berlaku.Segala yang berlaku semalam umpama mimpi.Mimpi ngeri yang melanda dirinya.Tidak disangka perkara yang ditakuti akhirnya berlaku juga semalam. Dia mengambil tualanya dan berlalu ke bilik mandi.Sambil disirami air pacuran dia mengingat kejadian semalam.


   Dia bergegas bersiap untuk menjemput teman wanitanya,Farah Umairah. Gadis tinggi lampai itu telah menawan hatinya. Senyumanya seolah-olah mengoda hatinya. Sinar matanya mengusik kerinduan dihatinya. Tutur katanya seindah puisi.Keperibadian gadis kacukan cina-melayu itu telah memimpinnya ke jalan yang benar. Farah, gadis yang telah lama bertahkta dihatinya kini telah menjadi kekasihnya. Selama 2 tahun gadis itu mengenggam perasaannya. Membelainya dalam lautan cinta. Mengajarnya erti cinta.
   
    Deringan telefon membawa dia kembali realiti. Dia lekas menjawab panggilan tefon itu. Kedengaran suara seorang perempuan di cuping telinganya.Seperti yang dijangka,permaisuri hatinya yang menelefonnya. "Awak kat mana ni?lama saya tunggu ni" ucap Farah dengan nada yang agak tegas."Saya on the way ambil awak la ni, sayang tunggu okey?"balas Aqil "Ye lah" jawab Farah ringkas.


      Deruman kereta Honda Civic Ek Aqil menarik perhatian Farah.Farah muncul dimuka pintu sambil memasamkan wajahnya."Wajah awak tetap manis walaupun awak buat camtu" kata Aqil memujuk "Awak, bila bab ayat ni memang mengalahkan Romeo nasib baik saya ni garang ,kalau tak semua awek kat Malaysia ni awak kebas" ngomel Farah."Ala, awak tu apa kurangnya, sapalah tak nak perempuan macam awak ni? Dah lah cantik,bijak pula tu" balas Aqil sambil tersenyum."By the way, awak nak bawak saya pergi mana ni?"tanya Farah."Adalah. Tak boleh bagitau awak".Jawab Aqil ringkas.Aqil menghulurkan sejambak bunga."Aik, kenapa ada bunga plastik satu ni?" tanya Farah. "Itu melambangkan bahawa cinta saya akan kekal bersam awak sehingga bunga yang terakhir layu"


     Kereta kuning Aqil meluncur laju di bandar Shah Alam."Awak,awak cintakan saya tak?"tanya Farah."Kenapa awak tanya macam tu? Awak kan tahu bahawa hanya mati yang dapat memisahkan kita" jawab Aqil dengan tenang "Kita dah sampai" Aqil berkata. Pasangan itu tiba di i-city, Shah Alam. "Kenapa awak bawa saya ke sini?" tanya Farah kehairanan. Aqil menjawab "Saya mahu tempat ini menjadi saksi bahawa saya benar-benar cintakan awak". Airmata berlinangan di pipi Farah. Dia tidak mahu lelaki ini merana kerananya.Andai lelaki ini tahu apa yang akan diungkapkannya nanti, sudah tentu hatinya akan hancur.Aqil memimpin tangan Farah. "Sapulah airmata mu itu sayang, jangan jadikan airmata mu itu penghias ulang tahun hubungan kita ini"


      Kedua-dua pasangan yang sedang hangat bercinta itu mengabadikan kenangan mereka. Aqil tidak menduga bahawa itu pertemuan terakhir dia bersama kekasihnya yang dicintai itu.Fikiran Farah buntu.Dia tidak tau seandainya dia harus berterus terang terhadap Aqil. Memberitahu dia perkara yang sebenar. Perkara yang mungkin akan hancurkan hati seorang jejaka yang sanggup memberikan apa saja untuk cintanya bagaikan kaca yang terhempas dilantai  


       "Awak,dah tengah malam dah ni, jom balik"pinta Farah. Aqil hanya menurut perintah. Sepanjang perjalana pulang, Farah diam membisu. Aqil kehairanan. Farah Umairah yang dikenalinya seorang yang petah bercakap bukannya seperti patung. Aqil bertanya "Awak,kenapa ni? awak ada masalah ke? awak tahu yang awak boleh ceritakan segalanya pada saya" Faran masih tidak berkata-kata


       Aqil memperlahankan kenderaannya disekitar kawasan perumahan itu. Bimbang juga andai ada penghuni  yang memarahinya kerana bunyi kenderaannya yang kuat itu.Aqil berhenti di sebuah rumah banglo di kawasan itu.Rumah itu memang indah seperti mahligai kayangan. Menggunakan konsep rumah dalam taman sememangnya mampu memukau sesiapa saja yang melihatnya.


         "Awak,sebenarnya ada sesuatu yang ingin saya beritahu awak" Farah memulakan bicara setelah agak lama membisu "Sebenarnya minggu hadapan saya kena kahwin" Aqil terkejut "Ke...ke..kenapa ni. bukankah kita dah berjanji bahawa kita akan hidup bahgia selamanya??" Aqil bertanya."Maafkan saya...ayah saya tidak ingin awak menjadi menantunya kerana dia bimbang awak tidak mampu untuk menanggung hidup saya nanti selepas kita berkahwin".Farah menerangkan segalanya. Kini mengertilah Aqil.Kasih sayang sekarang semuanya memandang kebendaan."Awak,mungkin hanya disini saja kisah cinta kita,tetapi ingat lah bahawa aku tetap menunggu mu walaupun seribu tahun lagi" Jelas Aqil sambil menggenggam erat tangan Farah. "Jiwa saya masih untuk awak. Walaupun jasad saya bukan milik awak lagi tetapi jiwa dan cinta saya masih untuk awak"kata Farah sambil melepaskan genggaman tangan Aqil. Farah berlalu pergi masuk ke rumahnya sambil ditemani airmata. Aqil menitiskan airmata. Wanita yang paling disayanginya pergi begitu saja.

Friday, December 17, 2010

ENJIN BARU.....





                                                         atas enjin lama
                                                          bwah ni enjin baru



secara sahnya bapak ku telah membeli enjin baru untuk Civic merah dia sbb enjin lama cam dh x larat  dh. Maklumla....barang lama....dh dekat 21 thun kalo x silap aku....Enjin baru yang bapak aku beli ni enjin EJ 1.6 twin cam n injection.....brbeza ngan enjin lama yang single cam 1500 cc n pkai kaberetor modified sbb nk kasi power. By the way, harga enjin ni ngan siap pasang ialah rm 2k .... tu pun sbb pak cik yg pasang...kalo x lagi mahal la jawabnya....aku tnya bapak aku asl x amik vtec......bapak aku ckp vtec mhal dlm rm 5k keatas...trkjut aku dgr harga vtec tu....Installation enjin ni masuk body civic ni dkt 3 minggu...sbb pak cik aku ngan kawan dia je yg buat....tu yg lmbt tu....dia ckp biasa dia tukar enjin ni sebulan....kira cepat arr ni....enjin ni mmg trbaik....pickup cepat....power bagoss....cume 1 mslh....sbb enjin ni pakai injection so...kene setting ECU(electroni computer unit) dulu....tp pak cik aku x reti pasal mende ni....kalo dh siap setting suma gerenti power abis ....tu je la aku nk cite psl kali ni....sorry arr x de gmbr msa intallation enjin baru ni.....kita jumpa lagi....salam