Powered By Blogger

Friday, January 22, 2010

Senyumlah Untukku

Tiada yang lain ku mahu,hanyalah kasih mu. Biarlah kau dapat ku miliki hanya didalam angan-anganku. Segala kenangan dulu masih ku ingat. Bukan niatku untuk mengungkit kisah lama. .Segalanya menjadi sejarah. Biarpun hubungan kita hanya sementara,bagiku cukup bermakna.Kau datang dengan cahaya,tetapi cahaya itu belum cukup untuk menerangi kamar hati yang suram ini.Aku tidak menjanjikan mahligai kayangan kerana ku tahu tidak mungkin ku dapat ku tunaikannya.Kau begitu indah buatku ,mungkin aku tidak layak bersamamu.Biarpun cinta itu mampu melukakan hati seorang insan,tetapi ku tetap menaruh harapan untuk bercinta denganmu.Ku masih merindu gelak tawa mu.Jika diberi peluang untuk bercinta dengan mu sekali lagi,pasti aku akan menerimanya dengan hati yang terbuka biarpun luka yang lama masih berdarah.Bukan senang untuk bercinta dengan gadis sepertimu.Belum pernah aku menjumpai gadis seperti mu. Biarpun kau dan aku sudah berpisah,tetapi senyumlah untukku kerana senyuman mu lah yang paling aku rindui biarpun kau tidak dapat aku miliki.Cukuplah selagi aku masih dapat menikmati kemanisan senyuman mu itu

No comments:

Post a Comment